Wednesday, November 7, 2012

Perilaku Dalam Sembahyang

Ramai yang mendirikan sembahyang cara iktu-ikutan. Kelihatannya mereka ini mendirikan sembahyang, cukup rukun sama ada yang qauli atau feeli, tetapi ramai juga yang melakukannya dengan cara yang kurang tertib. Misalnya, kedapatan ramai antara mereka itu melihat ke atas, membaca dengan jahr (kuat), tidak bertelekan, pakaiannya pula yang bercorak malah sebahagiannya bertulis-tulis yang bermacam-macam walhal mereka ini datang dari rumah untuk berjemaah di masjid. Ini adalah tanda-tanda tidak mempelajari ilmu tentang sembahyang.
Sebenarnya, ada tatacara yang berkaitan dengan mendirikan sembahyang. Kebanyakan tatacara ini berkaitan dengan hukum-hukum yang sunat dan makruh, tetapi sebahagian lagi ada yang wajib. Hukum memandang ke atas tadi hanya makruh sahaja, tetapi tatacara sujud misalnya, adalah menjadi perkara yang wajib dipelajari kerana ini menentukan sujud kita sah atau batal, yang sekali gus menentukan pula sah batalnya sembahyang kita. Kerana itu tatacara ini harus dipelajari, lebih-lebih lagi bagi golongan yang sembahyang untuk mengharap pahala. Melakukan perkara-perkara yang sunat atau meninggalkan perkara-perkara yang makruh ganjarannya adalah pahala. Lebih banyak kita sempurnakan lebih banyak pahala yang dapat kita kumpulkan.
Jadi blog ini akan cuba berkongsi hukum-hukum yang berkaitan dengan tatacara mendirikan zat sembahyang. Semoga Allah swt memberi saya kekuatan untuk membuat entri sekerap mungkin sehingga selesai. Sekian dahulu buat kali ini.

No comments:

Post a Comment