Ketika berjemaah, pernahkah anda terasa kopiah, serban, songkok, atau kepada anda terasa hampir-hampir terpijak kaki orang di saf hadapan kita? Siapakah yang hendak disalahkan? Ini ada kaitannya dengan sutrah sembahyang, yang akan disebut di bawah ini.
Sutrah atau tempat sembahyang, lebih tepat disebut bidang kawasan tempat sembahyang. Bab sutrah ini jarang dibincangkan secara khusus, menyebabkan terjadi, antaranya seperti yang disebut di atas tadi.
Dalam kitab Sabilul-muhtadin, tercatat,
'Disyaratkan pula keadaan sutrah itu hampir dengan dia seperti bahawa adalah antara dua tumitnya dan antara umpama jidar, atau tongkat, atau hujung musolla, atau hujung guris yang pada pihak qiblat itu, tiga hasta, atau kurang sedikit, jangan lebih daripadanya dengan hasta manusia’.
Sutrah atau tempat sembahyang, lebih tepat disebut bidang kawasan tempat sembahyang. Bab sutrah ini jarang dibincangkan secara khusus, menyebabkan terjadi, antaranya seperti yang disebut di atas tadi.
Dalam kitab Sabilul-muhtadin, tercatat,
'Disyaratkan pula keadaan sutrah itu hampir dengan dia seperti bahawa adalah antara dua tumitnya dan antara umpama jidar, atau tongkat, atau hujung musolla, atau hujung guris yang pada pihak qiblat itu, tiga hasta, atau kurang sedikit, jangan lebih daripadanya dengan hasta manusia’.
Petikan ini membayangkan ukuran panjang sutrah, iaitu tiga hasta dari tumit hingga ke hujung sutrah iaitu tempat meletakkan kepada ketika sujud. Petikan ini menyebut jidar, tongkat, hujung
musolla, atau hujung guris yang pada pihak qiblat; kesemuanya ini disebut dalam
hukum asalnya, iaitu
‘Disunatkan
bagi orang yang sembahyang, menghadap jidar, atau tiang, atau barang
sebagainya. Maka jika tiada diperolehnya akan salah satu daripada yang tersebut
itu, maka menghadap kepada tongkat yang didirikannya, atau mata benda, atau
barang sebagainya; dan jika tiada diperolehnya yang demikian itu, maka hendaklah
ia menghadap kepada musolla yang dihamparkannya akandia, ertinya tempat
sembahyang seperti sejadah dan tikar dan barang sebagainya. Dan jika tiada
diperolehnya yang demikian itu, maka hendaklah ia menghadap guris yang
diperbuatnya akandia pada hadapannya dengan guris berbujur daripada kakinya
yang kanan atau kiri kepada pihak qiblat, kadar tiga hasta’.
Yang bermaksud, apabila kita hendak mendirikan sembahyang, disunatkan membuat tanda di hujung sutrah, menggunakan tongkat atau sebarang benda, jika tidak ada disunatkan membuat garisan. Mengikut hukum asal, sunat mendirikan sembahyang dengan menghadap sesuatu seperti jidar, dinding, tiang, pada jarak hanya tiga hasta sahaja dari tumit. Pernah diriwayatkan sutrah bagi Nabi saw iaitu jaraknya antara tumit Baginda ke jidar ialah sebesar sekadar tempat kambing lalu sahaja.
Pendek kata sutrah atau tempat sembahyang kita
hanyalah tidak lebih daripada tiga hasta sahaja, mengikut hasta kita sendiri;
dan inilah ukuran jarak antara dua saf yang sewajarnya, disebut dalam kitab yang sama,
‘Maka
dari kerana inilah disunatkan jauh antara tiap-tiap dua saf itu tiga hasta,
jangan lebih daripadanya’.
Di kebanyakan masjid atau surau telah disediakan sejadah sebagai sutrah, yang menjadi masalah ialah adakah jarak antara dua saf itu mengikut spesifikasi tiga hasta itu? Jarang yang menepati spesifikasi ini. Tidak mengapalah.
Setelah kita sedar ukuran sutrah seperti yang disebut di sini, maka sewajarnya kita mengambil iktibar, agar ketika sujud jangan sampai melampaui tiga hasta, ini adalah mengikut feel Nabi saw. Antara cara menjaganya, ialah dengan meninggikan pinggangnya, seperti yang tersebut dalam kitab Sabilul-muhtadin. Malangnya sesetengah antara kita sujud dalam keadaan tulang belakangnya lurus, tidak mengikut prosedurnya, iaitu meninggikan pinggangnya, yang
bermaksud melengkungkan tulang belakang. Ini menyebabkan yang berkenaan itu kepalanya sudah melampaui ukuran sutrah, dan memasuki sutrah orang yang di saf hadapan, akibatnya kopiah, serban, songkok atau kepalanya hampir-hampir terpijak.
Dalam keadaan sutrah yang betul, kita dibenarkan untuk menghalang, malah menolak sesiapa sahaja yang cuba melalui hadapan kita, tetapi jika umpamanya jarak antara dua saf melebihi tiga hasta, sedangkan orang yang lalu itu di luar kawasan tiga hasta, maka bukan kesalahannya. Demikianlah, wallahu a'lam.